Saturday, 4 May 2013

Dari rakyat untuk rakyat

Puisi untuk semua rakyat..

“Mandat kita untuk berkhidmat, bukan untuk khianat”
Itulah ayat dan kata oleh Najib, bapaknya nama Razak.

Ni aku sebagai rakyat, nak tanya barang sekerat…
Kalau betul nak khidmat dan bukan khianat,
1) Kenapa wang negara & harta rakyat di SONGLAP?
2) Kenapa tembolok kroni, anak beranak terus di SUMBAT?
3) Kenapa mulut & suara rakyat pula terus di IKAT?
4) Kenapa masih ramai rakyat hidup MEREMPAT?
5) Kenapa warga asing & PATI dapat MYKAD?
6) Kata nak tolong Melayu tapi kenapa Royalti rakyat melayu Kelantan diTOLAK?
7) dan macam macam lagi hak rakyat DIKHIANAT…

Esok untuk masa depan.

Pilihanraya ni adalah medan untuk mereka yang bertanding menawarkan kaedah terbaik bagi mereka mentadbir Negara, jadi aku lihat manifesto serta kelayakan calon dan parti yang bertanding. Kelayakan ini termasuklah juga track record serta sedekat mana mereka dengan ciri-ciri pemimpin mengikut acuan Islam.

Lagipun, kita orang Islam buat keputusan kena fikir sampai hari Akhirat sebab banyak ayat Al-Quran sebut tentang pengikut akan disusun ikut pemimpin yang mereka pilih masa di dunia & lepas tu ikut saf Nabi Muhammad. Kalau pemimpin yang dipilih nanti dibangkitkan dalam group lain daripada saf Nabi, apa pula harapan pengikut? Jadi, neraca aku sebagai orang Islam senang.

So, siapa akan aku pilih? Setakat ini sebagai penjawat awam, jujurnya manifesto PR utk penjawat awam yang dinyatakan oleh Dato Husam bila bertanding di Putrajaya amat menarik sebab ia dibuat betul-betul memahami isi hati aku.

Friday, 3 May 2013

Najmuddin Alias doakan kekalahan adiknya

Bila sikap cemburu dan iri hati menguasai diri..pencalonan Pak Lang Hasbullah di DUN Kubu Gajah rupa2nya tidak menyenangkan hati beberapa pemimpin2 Umno peringkat bahagian di Larut yg selama ini bertungkuslumus menonjolkan diri kepada masyarakat tetapi tidak mendapat kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Umno untuk dicalonkan..  

Antaranya ialah Ketua Umno Larut, Raja Ahmad,Ketua Pemuda bahagian,Anuar Arifin dan Naib Ketua Bahagian,Fauzi Kassim.. Mereka ini adalah nama2 yang telah banyak berhabis wang mengatur program untuk menarik sokongan masyarakat sekaligus meyakinkan kepimpinan tertinggi umno bahawa merekalah calon yang selayaknya dipilih..Tapi malangnya mereka tidak dipilih..

Thursday, 2 May 2013

Orang Cina tak buat kerja begini


TEMERLOH: Kediaman calon PAS di Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di sini disimbah dengan darah dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu.

Kejadian disedari seorang petugas yang juga pembantu calon apabila melihat kesan darah berserakan di atas lantai bahagian hadapan rumah ketika keluar rumah awal pagi ini.

Kelihatan juga satu palstik darah dipercayai dibaling dari luar pagar.

Turut ditinggalkan sekeping nota bertulis 'Terimalah darah babi ini'.

Satu sidang media akan diadakan pagi ini di kediamannya serta laporan polis akan dibuat.



Sumber: Harakahdaily.net