Saturday 4 May 2013

Dari rakyat untuk rakyat

Puisi untuk semua rakyat..

“Mandat kita untuk berkhidmat, bukan untuk khianat”
Itulah ayat dan kata oleh Najib, bapaknya nama Razak.

Ni aku sebagai rakyat, nak tanya barang sekerat…
Kalau betul nak khidmat dan bukan khianat,
1) Kenapa wang negara & harta rakyat di SONGLAP?
2) Kenapa tembolok kroni, anak beranak terus di SUMBAT?
3) Kenapa mulut & suara rakyat pula terus di IKAT?
4) Kenapa masih ramai rakyat hidup MEREMPAT?
5) Kenapa warga asing & PATI dapat MYKAD?
6) Kata nak tolong Melayu tapi kenapa Royalti rakyat melayu Kelantan diTOLAK?
7) dan macam macam lagi hak rakyat DIKHIANAT…

Wahai Najib, UMNO/BN & cai cai berkarat.. 
Sudahlah bohong & auta rakyat..
Bawalah diri BERTAUBAT
Sebelum ajal & maut menjadi jiran terdekat.

Ingatlah kita setiap detik dan setiap saat.
kepada kematian & alam akhirat..
Satu hari PASTI kita akan diziarahi MALAIKAT.
Maka tinggallah sepi di alam kubur yang gulita gelap..
Jazad hancur dimakan semut & ulat…
Dan baru kita tahu azab dan betapa ALLAH itu MAHA HEBAT.

Wahai Najib, UMNO/BN & cai cai berkarat..
Sudahlah bohong & auta rakyat..
Aku Tolak UMNO/BN, ABU, ABCD kerana aku seorang RAKYAT
Yang benci KERAJAAN RASUAH, KRONI, TIPU DAN REMBAT HAK RAKYAT!!

Nukilan
Kamarzaman123@gmail.com
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment