Friday 3 May 2013

Najmuddin Alias doakan kekalahan adiknya

Bila sikap cemburu dan iri hati menguasai diri..pencalonan Pak Lang Hasbullah di DUN Kubu Gajah rupa2nya tidak menyenangkan hati beberapa pemimpin2 Umno peringkat bahagian di Larut yg selama ini bertungkuslumus menonjolkan diri kepada masyarakat tetapi tidak mendapat kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Umno untuk dicalonkan..  

Antaranya ialah Ketua Umno Larut, Raja Ahmad,Ketua Pemuda bahagian,Anuar Arifin dan Naib Ketua Bahagian,Fauzi Kassim.. Mereka ini adalah nama2 yang telah banyak berhabis wang mengatur program untuk menarik sokongan masyarakat sekaligus meyakinkan kepimpinan tertinggi umno bahawa merekalah calon yang selayaknya dipilih..Tapi malangnya mereka tidak dipilih..

Tidak hairanlah bila maklumat yang diterima menyatakan terdapat usaha2 untuk memboikot Pak Lang Hasbullah oleh mereka2 yang gugur dari pencalonan.. Masing2 mengatur pengikut masing2 menyebabkan jentera Umno di beberapa buah Unit Peti Undi dalam DUN Kubu Gajah kelihatan suram..gerak kerja tidak berjalan..

Apa boleh buat? Inilah budaya politik yang subur di dalam Umno..Cah keting,cantas mencantas,sudah menjadi perkara biasa.. Bukan nama2 yang disebutkan di atas shj yang dikatakan membentuk team untuk memboikot Pak Lang Hasbullah tetapi juga Kapten Najmuddin Alias iaitu abang kepada Pak Lang Hasbullah sendiri..

Nak dijadikan cerita,selepas beberapa hari diumumkan Pak Lang Hasbullah bertanding di DUN Kubu Gajah,Kapten Najmuddin ada menghubungi calon PAS Dun Kubu Gajah,Ust Nazri Din yang akan bertanding melawan adiknya itu.. Dalam perbualan tersebut Kapten Najmuddin telah mendoakan kekalahan adiknya sendiri.. Hmmm,dengan itu terbuktilah apa yang telah diperhebohkan selama ini..Kedua2 beradik ini sememangnya sudah lama berseteru.. semuanya bermula sejak Pru 2004 apabila masing2 ingin menawarkan diri bertanding di DUN Batu Kurau menyebabkan salah seorang drpd mereka terpaksa beralah..

Pak Lang Hasbullah selaku adik beralah dan memberi laluan kpd abangnya..Dua penggal bergelar YB,nafsu kapten Najmuddin tak pernah puas. Kalau boleh nak bertanding lagi..Pencalonan Pak Lang Hasbullah di DUN Kubu Gajah mensyaratkan Kapten Najmuddin berundur kerana BN bimbang jika dua beradik diperturunkan dalam sebuah kawasan yang sama iaitu DUN Batu Kurau yang kedudukannya berada dalam satu kawasan parlimen yg sama dengan DUN Kubu Gajah akan menimbulkan kesan protes yang lebih besar daripada ahli akar umbi..

Lalu dengan perasaan geram terpaksalah Kapten Najmuddin undur diri dan beri laluan kepada calon muka baru iaitu Dr Mohd Amin di DUN Batu Kurau..Sepatutnya setelah tidak tercalon,beliau mempunyai banyak masa untuk turun membantu adiknya berkempen..Ini tidak..dalam keadaan banyak jentera cawangan dalam DUN Kubu Gajah memboikot adiknya.Boleh pula dia doakan kekalahan adiknya..

Busuknya hati manusia bernama Najmuddin ini.Walaupun mempunyai kelulusan agama.. Tapi nafsu telah mengaburi hati dan akal dek kerana ketamakkan kuasa..

4 comments:

  1. Pengakuan Ustaz yang meniti di tebing Aqidah >>> http://www.youtube.com/watch?v=tjqGwRqDPp8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kandungan ceramah Ustaz Rujhan Abd Rahman ni. Orang UMNO patut berfikir tentang apa yg beliau sampaikan tentang kesan terhadap orang Melayu dan Islam selepas lebih 50tahun BN memerintah Malaysia.

      Delete
  2. Kapt Najmuddin sebenarnya nak menyelamatkan adiknya dari lubuk najis. Dia yang sudah berada dalam tong najis selama 2 penggal faham benar akan kekotoran yang bakal membalut adiknya kalau terpilih sebagai wakil rakyat. Inilah namanya sayangkan adik, bukan benci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kalau benar begitu. Dan sebaiknya juga kalau beliau nasihatkan juga adiknya si Ustaz Kazim supaya tidak membantu UBN menaburkan najis di merata tempat.

      Delete