Wednesday, 20 March 2013

BANGLA DAPAT TENDER PASANG BENDERA BN

Jika sebelum ini kerja-kerja memasang bendera parti dimonopoli oleh ahli dan juga penyokong parti, sekarang ianya diambil alih pula oleh pekerja-pekerja kontrak dari luar negara. Ini menunjukkan bahawa parti dan kerajaan kini semakin maju hinggakan mendapat sentuhan kepakaran dari negara luar didalam susun atur bendera parti sendiri.

Sebab itulah jangan terkejut sekiranya anda terlihat ada bendera dacing yang dipasang terbalik dikawasan negeri Selangor kerana ia bukan tak disengajakan. Ianya memang sengaja dipasang begitu untuk mencari kelainan.

Begitu juga jangan hairan jika anda terlihat bangla-bangla sedang memacak bendera seperti didalam video dibawah. Itu adalah sebagai tanda sokongan pekerja-pekerja asing berkenaan terhadap kerajaan.


Maklumlah, ahli parti dan juga penyokong kerajaan kini tidak lagi mahu berkerja memasang poster atau bendera. Jika ada pun, upah yang terlalu murah menyebabkan tak ramai yang sanggup melakukakannya.

Apapun, syabas buat BN Selangor kerana melangkah maju menggunakan player import didalam arena memasang bendera parti. BN Selangor tenyata mendahului zaman! ~ MPP News.

No comments:

Post a Comment