Showing posts with label jahiliah. Show all posts
Showing posts with label jahiliah. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

Beragama Islamkah mereka?

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

TINDAKAN sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini . Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.