Thursday 2 May 2013

Bloger Milosuam di tangkap, Papagomo bebas merdeka

Oleh WTKO

Bloger Milosuam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini. Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.
Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.

"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Pemilik blog MiloSuam akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar.

......
Gambar diatas dipercayai adalah Milo Suam berdasarkan pendedahan dibuat oleh blogger BN - Saya sendiri tak pernah jumpa dia.... Wartawan TKO

No comments:

Post a Comment