Wednesday, 17 April 2013

Pendekar UMNO menyerang tuan

Tidak menunggu lama, tiga veteran BN terus mengisytiharkan perang terhadap BN apabila nama mereka tidak termasuk dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan semalam.


Mereka adalah Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed.

Mohan dan Shariff malah memutuskan untuk tetap bertanding, masing-masing di Parlimen Batu Kawan dan Tasik Gelugor, yang akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.
Mohan juga berkata beliau bercadang untuk bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA).

Manakala Shariff (kanan) pula mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan", tetapi tidak menyebut parti mana akan dipilihnya.

Kesemua mereka akan memaklumkan keputusan muktamad mereka pada Sabtu ini.

Ekoran itu, dengan penamaan calon tidak berapa hari, BN Pulau Pinang kini dikatakan dalam keadaan panik terhadap kemungkinan munculnya kepuakan dalam parti dan sabotaj dalaman di kerusi-kerusi Umno dan Gerakan.

Ia juga sekali gus tidak memberikan petanda yang baik kepada BN yang berharap bergantung kepada Melayu di kampung-kampung dan kawasan campuran - di mana Umno dan Gerakan bertanding.

1 comment:

  1. dah guru kurang ajar ... anak murid pun patut mengajar

    ReplyDelete