Wednesday 10 April 2013

Paduka Ayahanda bertanding di Bukit Bintang.


UMNO memang kekurangan dalam segala perkara. Kalau dalam Manifesro pilihanraya Umno-BN menciplak idea Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia boleh mengesahkan perkara ini dengan membaca manifesto kedua belah pihak.

Begitu juga calun untuk pilihanraya. UMNO tidak mahu mengalah berbanding dengan pakatan Rakyat.


Jika Aisyah dicalunkan PAS sebagai calun Parlimen Jempol, Umno juga mahukan artis menjadi calun mereka. Malulah kiranya mereka tidak turut meletakkan artis sebagai calun. Namun, tentunya yang lebih hebat dan berkaliber berbanding Aisyah.


Maklumat terbaru diterima menyatakan bahawa 'Paduka Ayahanda Awie' dari PER3akan menjadi calun untuk Parlimen Bukit Bintang. Ini adalah kerana beliau merupakan artis yang tersohor di Malaysia berbanding Aisyah yang seolah-olah sudah bersara dari dunia hiburan. 




'Ayahanda Awie' juga mampu menarik ramai orang muda menyokong UBN. Ini kerana beliau juga merupakan Timbalan Presiden Pertiga Malaysia, dibawah Farid Kamil. Dimaklumkan bahawa Pertiga mempunyai lebih daripada 60 000 orang ahli di seluruh Malaysia. 



Selain itu Paduka Ayahanda Awie juga akan disokong oleh Mahaguru Omar Din, Pengasas Persatuan Silat Lincah Malaysia.



Perlu juga diketahui bahawa Paduka Ayahanda Awie telah pun menubuhkan pusat media bagi membenteras gejala sosial di Pulau Pinang (rujukan).

No comments:

Post a Comment