Barisan transformasi yang dikemukakan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai calon BN di Kelantan membuatkan beberapa bahagian Umno bergolak semula.
Penyingkiran Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dengan memberi laluan kepada bekas Ketua Bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail di Dun Bukit Tuku membuat kudis yang masih bernanah membengkak semula.
Umno juga dilihat ketandusan calon di Tumpat apabila terpaksa menampilkan semula bekas Ketua Bahagian, Mansor Salleh yang sudah lama tidak aktif.
Mansor diumumkan bertanding di kerusi parlimen, manakala ketua bahagian, Datuk Nor Zahidi Omar kekal di Pengkalan Kubor. Wan Hanapi Wan Yaacob (Kelaboran),
Nik Noriza Nik Salleh (Pasir Pekan) dan Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz (Wakaf Bharu).
Seorang lagi ketua bahagian iaitu Datuk Mohd Fauzi Ismail juga tiada dalam senarai calon BN di parlimen Kubang Kerian. Calon parlimen yang diumumkan tadi iaitu Ketua Umno Kelantan, Anuar Safian.
Manakala Mohd Nordin Awang (Dun Salor), Wan Mohd Nazi Wan Hamat (Demit).
Wakil Minda Pondok yang memfatwa mengundi PAS haram, Mohd Shamsul Mohd Yusoff pula dicalonkan di Pasir Tumboh.
Impian Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding menggunakan lambang BN ternyata hancur berkecai apabila namanya tiada dalam senarai calon BN di Pasir Mas.
Malah Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa dicalon bagi kerusi parlimen Pasir Mas, manakala Ketua Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat (Tendong), Tuan Anuwa Tuan Mat (Pengkalan Pasir) dan Aimi Jusoh (Chetok).
Selain itu veteran Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mencuba nasib di kerusi parlimen Ketereh.
Sedangkan sebelum ini, Datuk Md Alwi Che Ahmad disebut-sebut bakal menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak sekiranya BN mampu mengekalkan Putrajaya.
Namun kekuatan yang ada pada Annuar tidak mampu dirempuh Alwi dan beliau hanya mampu mempertahankan kerusi Dun Kok Lanas. Manakala orang harapan Annuar, Mohd Othman Omar dicalon di Dun Melor dan Mohamad Basri Awang (Kadok).
Di kerusi parlimen Kota Bharu beberapa pemimpin Umno yang disebut-sebut sebagai calon kebelakangan ini tidak lagi aktif menggerakkan markas Umno di Dun Bunut Payong.
Ketua bahagian, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh dicalonkan sekali lagi di parlimen Kota Bharu, Kanidy Omar (Tanjong Mas), Ustaz Mohd Fakhurazi Abdul Rahim (Bunut Payong), manakala calon MCA kekal di Kota Lama (Tan Ken Ten).
Umno Kuala Krai juga dengan masalah lebih kronik apabila Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dicalonkan di Dun Guchil. Mustapa dianggap memecah tradisi itu sehingga sanggup mengorbankan orang yang sudah lama berjuang dalam Umno di Kuala Krai.
Bekas calon Manek Urai pada pilihan raya kecil pada 2009, Tuan Aziz Tuan Mamat dipindahkan ke parlimen Kuala Krai, Azizuddin Hussain diturunkan sekali lagi di Mengkebang, manakala Ketua Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman kali ketiga bertanding di Dabong.
Timbalan Ketua Umno Kuala Krai Che Jalal Muda pula mencuba nasib di Manek Urai.
Sementara itu kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang ternyata tidak mampu digugat kumpulan Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin apabila terus kekal di kerusi tersebut.
Malah calon-calon bekas Semangat 46, Datuk Nozula Mat Diah masih dikekalkan di Paloh, Abdul Aziz Yusoff di Galas dan Mat Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri).
Menurut sumber, kumpulan Bazlan dan Ketua Wanita, Hazani Mohd Nor semakin tertutup peluang untuk menyingkirkan pengaruh Semangat 46 di Gua Musang.
Kata mereka beberapa pertemuan sudah diatur sejak beberapa bulan kebelakangan ini bagi menyekat pengaruh Ku Li dan bekas-bekas Semangat 46.
Bekas Ketua Pemuda Ummo Gua Musang, Abd Aziz Awang berkata, beberapa anggota jawatankuasa Umno bahagian dan ramai lagi pemimpin di peringkat cawangan meluahkan rasa kecewa di atas pencalonan semula Ku Li.
~Harakahdaily
No comments:
Post a Comment